Pengajaran surah Al-araf untuk menangani
masalah prejudis antara kaum dan agama ?
Surah Al-araf 172 menceritakan kepada kita
bagaimana kita di alam roh. Bagaimana kita telah berjanji kepada Allah untuk
mentaati Nya dan meyakini yang Allah itu satu. Dan kita semua diciptakan dari
keturunan Nabi Adam A.S. Tetapi mengapa kita berbeza ? Dan bagaimana untuk
menangani prejudis antara kaum dan agama lain ?
Di dalam ayat 172, sudah menunjukkan yang kita
semua sama sahaja, kita semua telah pun berjanji kepada Allah. Disebabkan
itulah tidak perlu kita untuk memandang enteng dan rendah atau prejudis
terhadap kaum juga agama lain. Kerana kita perlu tahu, kita semua adalah sama
di sisi Allah, yang membezakan kita hanyalah amalan baik dan buruk kita sahaja.
Maka cara terbaik untuk menangani masalah ini,
kita perlulah bersifat tawadhu’ dalam menjalani kehidupan kita walau berbeza
bangsa juga agama. Kerana seperti yang saya sudah bincangkan yang kita bersama
bersaksi akan meyakini dan mentauhidkan Allah.
Beralih pula kepada pengajaran ayat 173, ia
mengisarkan tentang bagaimana penganut agama lain menyalahkan nenek moyang
mereka yang menganuti agama lain. Ditegaskan di sini, tiada istilah menyalahkan
nenek moyang terdahulu, kerana semua agama di dunia asal nya untuk mentauhidkan
Allah yang satu, cuma nya pada zaman kini, banyak yang telah di pesongkan
kecuali Al-Quran sahaja yang masih dipelihara dan dijaga.
Untuk fahaman yang lebih mudah, bagaimana Injil
itu diturunkan kepada nabi Musa A.S. untuk umatnya yakni bani Israel.
Al-Quran pula diturunkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. kepada umatnya, umat akhir zaman.
Pun begitu, mengapakah masih berbeza agama dan
kaum antara kita? Kerana Bani Israel telah terpesong jauh dalam menafsirkan
kitab mereka. Mereka menganggap Nabi Musa itu adalah anak tuhan walhal Nabi
Musa itu adalah pesuruh Allah
Dan perlu
diingatkan yang zat Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan . Dan
sudah cukup untuk membuktikan yang Nabi Musa itu adalah anak Tuhan sangat lah
tidak relevan dan jauh terpesong dari mentauhidkan Allah.
Dan jelas sekali, kesemua kitab yang diturunkan
oleh Allah kepada Nabi Ulul Azmi kesemua
nya untuk mentauhidkan dan mengesakan
Allah. Injil, Taurat, Zabur dan juga Al-Quran kesemua nya menyarankan kepada
kebaikan dan mentauhidkan Allah. Pun begitu, Kesemua kitab ni kecuali Al-Quran
sudah terpesong jauh dari landasan mentauhidkan Allah.
Dan bagaimana dalam ayat ini dapat menangani masalah prejudis
antara agama dan kaum ?
Pengajarannya cukup mudah, dengan kita
menghormati setiap agama dan kaum mereka. Kerana jika mereka (musyrikin) terus dekat dan mencari Tuhan yang satu
nescaya mereka akan mengakui kewujudan Allah itu. Kerana apa ? Kerana ALLAH ada pada setiap diri kita ini, Allah
yang Maha mempunyai segala isi Alam ini dan segala-galanya. Dan Allah bukan
sahaja mengatur hidup kita sebagai orang Islam tetapi Allah juga mengatur hidup
orang bukan Islam.
Maka jangan menghina dan prejudis terhadap
agama dan kaum lain, kerana hidayah itu milik Allah. Bila- bila masa sahaja dia
boleh mengubah kita. sebab apa ? sebab hati kita ini senang berbolak-balik, sebab
itulah kita wajib mengingati Allah.