MINGGU 4

Pada minggu keempat, kami mempelajari tentang pluraliti dan masyarakat pluralisitik di Malaysia. Pluraliti ialah sikap semula jadi tanpa paksaan manakala pluralistik ialah secara paksaan. Pluraliti dapat menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan. Contohnya di mana imigran serta pedagang yang dating secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan di Tanah Melayu.  Antara kesan pluraliti ialah dapat mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem. Kesan pluralistik ialah di mana semasa zaman penjajahan British, penduduk Tanah Melayu gagal berasimilasi dengan penduduk dana lam sekitar serta sistem. Mereka hidup dalam keadaan yang penuh prejudis antara satu sama lain. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menjauhi sikap prejudis dan sentiasa bersatu padu dalam mempertahankan hak-hak sebagai seorang rakyat agar tidak lenyap kelak. –Adebah Ella, 2014167717

British telah menjajah Tanah melayu selepas kemunduran Portugis dan Belanda yang telah berabad menjajahi Tanah melayu pada tahun 1511 sehinga 1641. British menjajahi  Tanah Melayu pada ketika itu dengan melaksanakan dasar perintah iaitu membawa masuk pendatang dari india dan cina demi kepentingan sumber. Melayu ditetapkan tinggal dikampung dan bekerja untuk sara diri, india tinggal di hutan untuk menorah getah dan Cina tinggal dibandar bekerja di lombong. Ini menunjukkan kesan dasar perintah pada ketika itu.- NUR SHAHEZAYU, 2014978867-


Apa yang saya pelajari dalam bab ini adalah tengtang pluraliti dan pluralistik. Pluraliti adalah sikap semula jadi tanpa paksa, bersama keluarga manakala pluralistik ialah secara paksaan, tidak bersama keluarga. Zaman pluraliti kesultanan melayu melaka iaitu proses penghijarahan berlaku secara semulajadi tanpa paksaan. Pada masa ini bukan zaman negara bangsa seperti yang dikemukakan oleh British sehingga memerlukan visa dan passport untuk berhijrah. Pada zaman ini, kesultanan melayu melaka diperintah oleh sultan dan pembesar yang  sentiasa mempunyai pandangan jauh sehinggaBerjaya menarik perhatian pedagang dari seluruh dunia berdagang di Melaka. Melaka akhirnya dikenali sebagai The Venice of the East. –ELYATI, 201451413

Pada minggu ini, kumpulan kami telah membentangkan tetang zaman pluraliti yang bermaksud kemajmukan secara semulajadi dan secara paksaan. Memahami sejarah tentang kesultanan melayu Melaka. Dari manakah datangnya melayu itu sendiri bagaimana terbentuknya pluraliti dari zaman itu lagi. Kesan pluraliti pada zaman dahulu dan sekarang. Bagaimana kesan daripada jajahan itu sendiri kepada masyarakat kita. –YUSRA 201450919-

Tanah Melayu pada zaman kegemilangannya lagi telah berlaku pluraliti dimana semua kaum tidak mengira warna kulit, bebas bergaul sesama sendiri. Berbeza di zaman penjajahan british (pluralistik) dimana kaum telah diasingkan dan ini telah membawa kepada kesan yang buruk seperti rasisme. -Aidil Adha, 2014746567-

Bagaimana pada zaman dahulu, Melayu itu diangkat dan diagungkan menjadi bangsa yang bertamadun sehingga kan tanah Melayu itu dijadikan sebagai tempat perdagangan yang terkemuka di dunia. Dan elemen kemelayuan itu dipelajari oleh pedagang luar untuk memastikan proses komunikasi itu berjalan lancar. –HAIQAL, 2014521169-


Kesimpulan saya untuk minggu keempat ialah kedatangan penjajah bukan sahaja mewujudkan masyarakat pluralistik, membahagikan Alam Melayu kepada negara-negara yang lebih kecil, tetapi juga mewujudkan sistem hidup barat seperti politik, ekonomi, pendidikan, perundangan dan sebagainya. Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik di Malaysia telah membawa kemerdekaan Alam Melayu. Usaha-usaha ke arah mempereratkan lagi kerjasama dikalangan pelbagai bangsa dan etnik di Malaysia perlu diperkukuhkan lagi bagi memastikan negara terus berada dalam susana aman dan harmoni.-Azhar, 2014570125

Refleksi bab 2 CTU555 ialah mengenai kuasa raja-raja yang pada mulanya raja berkuasa terhadap ekonomi(berkuasa ke atas system ekonomi dan system kerah) , politik(ketua kerajaan, melantik pembesar, ketua hubungan diplomatic dan ketua tentera), dan social(ketua agama Islam dan lambing perpaduan) sebelum pemerintahan British. Selepas pemerintahan British, kuasa raja telah dikecilkan kepada ketua agama sahaja, lebih lebih lagi setelah pengenalan system Residen - Diana, 2014768631

Pluralistik adalah kemajmukan secara semulajadi antara bangsa dan kaum. Ini membuktikan bahawa sifat semulajadi manusia adalah aman dan harmoni kerana manusia hidup secara berkelopok iaitu bermasyarakat walau berbeza dari bangsa, kaum dan juga agama yang berlainan- Aismat, 2014782181


Pada zaman dahulu, kita telah mengalami pelbagai zaman. Sebagai contoh, zaman pluraliti dan pluralistik. Kedua-dua zaman ini telah memberikan kesan yang besar pada manusia ketika itu. Bagi zaman pluraliti, manusia bergaul tidak  mengira warna kulit dan bebas bergaul antara satu sama lain. Manakala bagi zaman pluralistik, kaum-kaum yang sedia ada telah diasingkan. Kesannya, berlaku kesan yang negatif seperti rasisme. – haziq farid 2014521873