Pada
minggu pertama kami didedahkan tentang kejadian manusia sejak di alam roh di
mana Allah telah mewujudkan manusia di muka bumi ini untuk kebahagiaan abadi
iaitu ketika di akhirat. Sejak di alam roh lagi, sikap kasih sayang dan ukhuwah
antara semua yang roh yang berbeza agama dan pegangan. Namun begitu, sikap baik
seseorang itu puncanya adalah daripada hati yang bersih. Malahan, kita sebagai
manusia tidak seharusnya angkuh dan harus sentiasa bersyukur atas segala nikmat
yang telah Allah berikan. Allah sentiasa ada dengan kita malahan tidak pernah
sekali pun Allah terlepas pandang hambaNya. Buktinya dengan setiap hembus nafas
yang kita hela merupakan dengan izinNya. Oleh itu, kita haruslah menyakini
bahawa Allah itu ada dan kebahagiaan abadi di akhirat itu turut wujud –Adebah
Ella, 2014167717
Di dalam
Surah Al’ Araf ayat 172 menceritakan bahawa keperluan umat manusia terhadap
kekuasaan dan pengaturan Allah adalah suatu yang fitrah yang telah tertanam
dalam jiwa manusia sejak dilahirkan. Ayat ini menceritakan saat ketika Allah
menerima janji-janji dari roh manusia yang berisi ketauhidan kepada Allah
S.W.T. Setiap anak Adam dilahirkan dalam keadaan fitrah yang bermaksud mereka
lahir dalam keadaan mengakui serta menyakini akan keesaan Allah sebagai satu-satunya
zat yang menciptakan, menguasai dan mentadbir alam ini. Di hari kiamat kelak,
Allah akan menyoal setiap umat manusia tentang perlaksaan janji yang pernah
mereka ucapkan. Pengajaran yang boleh dijadikan sebagai iktibar dalam menangani
masalah prejudis antara kaum dan agama ialah setiap umat manusia di muka bumi
ini adalah sama disisi Allah S.W.T. Yang bezanya adalah pada tingkat ketaqwaan
kepada Allah S.W.T. Manusia bermula di alam roh yang semuanya adalah baik dan
pengakhirnya umat manusia adalah di akhirat. Untuk menangani masalah prejudis
antara kaum dan agama adalah hendaklah menjauhi dari pandang pada pandangan
yang zahir sahaja tetapi lihatlah dari sudut positif sesuatu bangsa dan agama
itu sendiri. Setiap agama mendorong lahirnya perubahan – perubahan positif
dalam masyarakat.-Azhar, 2014570125-
Allah menciptakan manusia atas dasar fitrah tauhid. Maksud
perjanjian yang diambil Allah s.w.t. ke atas manusia itu ialah Allah s.w.t.
telah menyediakan di dalam diri setiap manusia persediaan untuk menerima
kebenaran atau agama yang benar berasaskan fitrah kejadian manusia yang suci.
Menurut Imam Al Ghazali, fitrah ialah agama yang benar yakni Islam atau Tauhid.
Fitrah inilah yang Allah kurniakan kepada manusia. Tidak ada kemungkinan
manusia mengingkari Allah yang Maha Pemurah, padahal Allah yang menciptakan
mereka berdasarkan kebahagiaan dan kebaikannya.- ELYATI, 2014531413-
Asal manusia adalah roh. Roh yang asalnya
baik, bersih dan tidak cela pada kelakuannya. Fitrah manusia itu asalnya baik dan
berkasih sayang tetapi berlakunya jahat
itu adalah disebabkan nafsu. Sebagai
contoh adalah nafsu akan mengejar kekayaan dunia. – NUR SHAHEZAYU, 2014978867-
Dalam hidup beragama, kita perlu percaya
Tuhan lah yang menentukan segala perjalanan kita sepanjang menjadi Muslim yang
sejati, supaya kita dapat menguatkan iman dan taqwa kita kepada-Nya –HAIQAL,
2014521169-
Pada minggu pertama ustazah telah
menerangkan tentang nilai ketuhanan iaitu mentauhidkan Allah seperti beribadat,
menjauhi kemungkaran. Juga tentang dimana bermulanya manusia, ciri ciri manusia
tu sendiri bermula dari alam roh. Dimana kawalan nafsu itu sendiri penting demi
menjada maruah diri. Bagaimana cara manusia itu sendiri untuk menjauhi
kemungkaran. –YUSRA 201450919-
Agama
Islam mengajar kita supaya percaya kepada segala ketentuan yang telah
ditetapkan Allah S.W.T semasa di alam roh lagi. -Aidil Adha, 2014746567-
Refleksi minggu pertama adalah mengenai kehidupan alam roh dan spesifikasi yang akan saya jelaskan ialah mengenai ‘dejavu’. Contohnya ialah perasaan pernah mengalami sesuatu situasi atau perasaan pernah bertemu seseorang yang tidak dikenali. Kejadian tersebut telah dikaitkan dengan 2 roh yang pernah bertemu di alam roh.- Diana, 2014768631
Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah swt yang istimewa berbanding makhluk ciptaannya yang lain kerana manusia diberi peluang untuk mendapat kebahagiaan abadi iaitu masuk ke syurga Allah swt. Oleh itu terpulang kepada manusia itu sendiri samaada untuk memilih kebahagiaan itu dengan beriman dan bertakwa kepada Allah atau hanyut dengan duniawi - Aismat, 2014782181
Demi
menjaga kesucian agama serta diri kita sendiri, kita perlulah menjauhi segala
kemungkaran yang boleh menyusur dalam diri kerana ia adalah salah satu punca
yang akan menyesatkan dan membawa kita ke arus yang jauh dari jalan ke Allah
SWT. Janganlah kita akur pada nafsu kerana ingatlah, perjanjian kita dengan
Allah serta malaikat pada ketika kita berada di alam roh, untuk menjadi muslim
yang sejati ketika di alam nyata. – haziq farid 2014521873