Pada minggu kedua apa yang saya pelajari
ialah tentang ayat hujurat ayat 7 .
iaitu tentang orang fasik ialah orang yang mengerjakan dosa besar yang
berterusan. Ayat itu juga menerangkan tentang cinta iaitu keimanan kepada Allah
yang perlu disematkan di dalam hati setiap insan. Manakala benci pula kekafiran
tidak perlu disematkan dalam hati. Ayat itu juga menerangkan tentang kufur,
kefasikan dan maksiat. Memahami perbezaan antara manusia untuk kebaikan
manusia. Ustazah juga menerangkan tentang roh di mana manusia secara zahirnya
adalah orang yang baik semua dan jika seseorang itu berubah kepada kemungkaran
adalah disebabkan nafsunya sendiri. –YUSRA 201450919-
Pada minggu kedua, kami telah mempelajari
tentang surah Al-Hujurat dimana kita tidak seharusnya mempercayai sesuatu
perkara itu tanpa usul periksa terlebih dahulu. Malahan, surah ini turut
menerangkan sikap-sikap jahil yang perlu dihindarkan seperti fasik, bergaduh
sesama-sendiri, memburuk-burukkan orang lain dan bersikap prasangka terhadap
orang lain. Bagi mengelak perkara ini daripada terjadi, kita haruslah belajar
mengenali Rasullulah SAW sedalam-dalamnya. Dengan mencontohi sikap- sikap
Rasullulah, cara pergaulan Rasulullah termasuk hubungan Baginda dengan Allah
S.W.T. Maka dengan itu, hati kita akan mudah lentur dengan melakukan kebaikan.
Malah di dalam ayat itu turut menceritakan tentang hubungan silaturrahim sesama
manusia. Manusia adalah sama disisi Allah S.W.T tanpa mengira pangkat, darjat
dan kedudukan. Jadi kita sebagai manusia tidak seharusnya membezakan-bezakan
manusia kerana mereka mungkin tidak mempunyai apa-apa di dunia tetapi, mungkin
mereka lebih mulia disisi Allah S.W.T. –Adebah Ella, 2014167717
Pada minggu kedua, apa yang dapat saya
simpulkan ialah mengenai isi kandungan Surah Al Hujurat Ayat 13 iaitu setiap
manusia memiliki kedudukan yang sama di sisi Allah, kelebihannya hanya terletak
pada kadar ketakwaannya. Selain itu,
manusia diciptakan oleh Allah dari
jenis lelaki dan perempuan. Manusia dikumpulkan dimuka bumi ini adalah
untuk lita’aarafuu dimana manusia dijadikan berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku agar saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Tambahan pula,
orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.
Beberapa cara yang dapat saya lakukan untuk mengamalkan isi kandungan surah Al
Hujurat ayat 13 ialah untuk saling
menghormati antara sesama manusia, meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada
Allah dan saling bantu membantu antara
satu sama lain- Azhar, 2014570125
Fitrah yang suci itu boleh terlindung
disebabkan tradisi nenek moyang dan tingkah laku yang menyimpang atau tingkah
laku yang keliru. Kealpaan dan keingkaran manusia serta dorongan nafsu jahat
dan faktor sekeliling menjadikan manusia lupa fitrah beragama dan beraqidah dan
tuntutan-tuntutannya. Hanya pada masa tertentu apabila manusia ditimpa
kesusahan atau malapetaka barulah fitrah ini muncul kembali dan mengakui
keesaan Allah s.w.t. Sebagai contoh, Fir'aun yang sentiasa mengingkari dan
memusuhi kebenaran, ketika menghadapi saat-saat genting kematian, fitrahnya
kembali mengakui kebesaran Tuhan.- ELYATI,2014531413
Allah menciptakan segala-galanya berbeza
untuk kita supaya kita dapat meyakini kebesaran Allah dan disebabkan itu lah
kita dilarang untuk menghina, mengeji dan memperolokkan segala ciptaan Allah,
kerana semua ciptaan-Nya itu adalah cantik –HAIQAL, 2014521169-
Manusia fitrahnya bermasyarakat. Sebagai
bukti adalah apabila Nabi Adam a.s meminta kepada Allah seorang teman dan Allah
kurniakan Siti Hawa. Ini kemudian melahirkan ras dikalangan manusia iaitu
bangsa yang berbeza dan ketemadunan dari Negara yang berlainan.-NUR SHAHEZAYU,
2014978867-
Surah Hujurat
mengajar kita tentang bermasyarakat, kaedah bergaul, dan mengajak kepada akhlak
yang mulia dan kelebihan beramal. Semua perkara ini adalah perkara yang penting
yang perlu kita titik beratkan dalam kehidupan. Perkara - perkara seperti
menyakiti, menipu dan buruk sangka sesama manusia perlu dijauhi kerana ia akan
mengakibatkan perbalahan dan permusuhan sesama manusia seperti yang syaitan
ingini - Aismat, 201472181
Setiap manusia dimuka bumi ini mungkin pernah berselisih diantara satu sama lain, sebagai contoh teman rapat, rakan, suami/isteri. -Aidil Adha, 2014746567-
Berdasarkan ayat 9 surah hujurat, Allah telah melarang umat Islam untuk saling bergaduh dan berperang. Malah, umat Islam digalakkan untuk menyatukan kembali 2 pihak yang bergaduh dan memerangi pihak yang menindas pihak yang ingin berbaik- Diana, 2014768631
Semua ciptaan Allah itu mempunyai sifatnya
yang tersendiri, yakni berbeza dengan setiap di antara mereka. Oleh itu,
jikalau kita sebagai insan yang kerdil ini berani untuk menghina apa yang
dilihat berbeza dengan pandangan kita, haruslah diingat bahawa semua ciptaan
Allah itu adalah unik serta cantik dipandangan-Nya – haziq farid 2014521873