MINGGU 10

Pada minggu kesepuluh, merupakan topik tentang islam dan hubungan etnik di mana ianya mengenai keharmonian sesuatu etnik dari cara Islam tersendiri. Perbezaan bukanlah satu penghalang untuk manusia berbaik, bekerjasama antara satu sama lain dan saling bertoleransi. Malah, sejak zaman Rasulullah SAW lagi telah wujudnya sikap saling menghormati dan menerima kekurangan serta kebaikan sesebuah kaum itu. Jadi kita seharusnya belajar untuk memupuk dan menerapkan nilai-nilai dalam diri kita agar perhubungan yang dibina diterima Allah. –Adebah Ella, 2014167717

Apa yang saya pelajari adalah mengenai ciri-ciri negara industri iaitu penggunaan mesin, mesti mempunyai kilang, dan sasaran sesebuah negara itu adalah untuk menjalankan aktiviti export dan import. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah berazam untuk membantu negara kita dari pelbagai aspek untuk merealisasikan simbolik negara maju. Apa yang kita perlu lakukan untuk menjadikan negara sebagai negara maju ialah kita mestilah memajukan diri kita setiap hari. Setiap hari adalah peluang untuk kita rebut dan pelajari sesuatu yang baru. -Azhar, 2014570125

Manusia secara zahirnya mengiginkan hubungan yang harmoni dan penuh dengan warna warni.  Demi menjaga hubungan yang baik dan melahirkan ikatan yang harmoni manusia hendaklah bekerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain. Sebaiknya melakukan perkara yang baik dengan niat yang ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. - NUR SHAHEZAYU BT SHAARANI, 2014978867 –

Negara bangsa memerlukan pelbagai bangsa,kerajaan berdaulat dan sempadan yang tersendiri. Juga mengenai tenang dasar pendidikan kebangsaan, tentang pakaian seragam, kurrikulum sendiri, tiada halangan untuk memasuki mana mana sekolah, apabila perhimpunan perlunya rukun Negara. Dari sudut kuantitatif mengenai demonstrasi tinggi boleh mengakibatkan Negara tidak stabil dan kekerapan pilihan raya mengakitbatkan tiada persefahaman. Dari sudut kualitatif pencapaian dasar dasar kerajaan iaitu berkesan atau tidak. –YUSRA 201450919-


Pembaratan yang masuk ke dalam negara kita telah memberi kesan yang tidak baik kepada sistem dan juga kehidupan seharian kita. Pembaratan ini melakukan sesuatu adalah untuk kepentingan mereka sehingga terpaksa mengorbankan orang lain. Sebagai contoh menggunakan orang Melayu untuk melombong bijih timah. Walaupun menggunakan teknologi terkini ketika itu, namun teknologi itu tidak lah menjadi sesuatu yang baik sekira nya seluruh hasil bumi tanah Melayu dikaut dengan rakus ketika itu. –HAIQAL, 2014521169-


Kesan pembaratan telah memberikan kesan kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Dari sudut positif, mereka telah memperkenalkan kepada kita teknologi-teknologi baharu seperti keretapi untuk berdagang. Manakala dari sudut negatif, mereka telah mengaut segala hasil Negara ketika penjajahan berlaku. – haziq farid 2014521873