MINGGU 5

Pada minggu kelima, kami telah didedahkan dengan pelajaran tentang Perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Ianya di mana sebuah institusi tertinggi di Malaysia. Ianya turut berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat. Perlembagaan ini penting bagi menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan serta melindungi semua kepentingan etnik di dalam negara dan mewujudkan rangka sistem politik yang sistematik. Pada topik ini juga, kami mempelajari mengenai Malayan Union di mana ianya mendapat tentangan hebat daripada orang melau kerana wujudnya dasar jus soli dan hak sama rata kepada semua bangsa dan penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. Selain itu isu yang dibincangkan adalah mengenai  cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan daripada Raja-Raja Melayu juga menjadi faktor penentangan ini. Disebabkan tentangan ini, British terpaksa membatalkan Malayan Union. Jadi apa yang saya mempelajari daripada situasi ini adalah, sekiranya sesebuah masyarakat itu bersatu padu dan membantu antara satu sama lain kita akan menjadi sebuah negara yang hebat serta maju dan dihormati oleh negara lain. –Adebah Ella, 2014167717

Perlembagaan merupakan sebuah dokumen yang penting dalam sesebuah negara. Ia merupakan dasar yang menyatakan hala tuju dalam pemerintahan sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, proses penggubalannya memakan masa yang panjang dan mengambil kira pelbagai faktor seperti kedudukan orang Melayu, kerakyatan etnik imigran, kedudukan sistem beraja, agama, bahasa dan sebagainya.Pengorbanan orang Melayu dan penerimaan etnik imigran terhadap perkara-perkara yang terkandung dalam perlembagaan telah membawa kepada keamanan negara, perpaduan yang jitu di kalangan rakyat. Kesejahteraan dan keharmonian hidup. -Azhar, 2014570125

British telah menubuhkan Malayan Union dikatakan untuk menyatupadukan rakyat dan sesama kaum. Akan tetapi British mempunyai muslihat dan agenda mereka sendiri dalam menubuhkan Malayan Union iaitu kuasa raja raja melayu dilenyapkan dalam pentadbiran negeri dan yang paling utama adalahm melaksanakan jus soli sebagai contoh pendatang yang datang dari negara lain diberikan kerakyatan untuk tinggal di Tanah Melayu. –NUR SHAHEZAYU, 2014978867-


Didalam bab perlembagaan ini , saya pelajari bahawa perlembagaan ialah  peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai kerajaan dan prinsip-prinsip dalam pentadbiran negara.  Ia merupakan sumber undang-undang tertinggi dalam negara. Perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis.Perlembagaan bertulis ialah bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam satu dokumen. Perlembagaan tidak bertulis seperti di Britain meliputi semua prinsip perlembagaan yang tidak dikumpulkan dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Selain itu, perlembagan juga sebagai jaminan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. –ELYATI, 201451413

Pada minggu ini perbentangan tentang definisi perlembagaan, iaitu jenis perlembagaan, bertulis dan tidak bertulis. Di mana kami dapat memahami tentang hak bersuara bagi bumiputra, kebebasan beragama, mengundi, raja berkuasa mutlak, mengadili dan mengampunkan kesalahan. Juga tentang prosedur mengundi. Serta tanggungjawab rakyat membayar cukai. Juga tentang kuasa dipertuan agong, majlis raja raja melayu, badan perundangan dan sebagainya. –YUSRA 201450919-

Perlembangan menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembangaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan. -Aidil Adha, 2014746567-



Sistem politik negara Malaysia ini adalah hasil dari penjajahan negara barat terhadap negara kita. Di mana terhasil 4 badan kehakiman yang berbeza mengikut kepada tugas-tugas berbeza. Di mana kuasa Sultan itu dikecilkan berbeza ketika zaman kesultanan Melayu. –HAIQAL, 2014521169-

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah Negara. Perlembagaan Malaysia tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang mempunyai 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual. Antaranya ia menyentuh bidang badan perundangan kehakiman dan eksekutif, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah&Sarawak - Diana, 2014768631

Piagam madinah adalah perlembagaan bertulis pertama di dunia. Ianya adalah bertujuan untuk membentuk sebuah negara yang aman harmoni, kukuh dan diterima serta dihormati oleh negara luar. Keberkesanan piagam madinah diiktiraf dunia dan telah dipraktikkan sehingga masa kini - Aismat, 2014782181


Sistem politik di Malaysia adalah hasil daripada penjajahan yang berlaku pada suatu ketika dahulu. Malaysia telah menggunakan pengalaman ini untuk mentadbir Negara selepas pengisytiharan merdeka. Berbeza dengan sistem kesultanan, di mana peranan mereka telah dikecilkan di dalam perlembagaan. – haziq farid 2014521873