MINGGU 6

Kesejahteraan dan keharmonian negara adalah faktor memilih pemimpin yang berwibawa, amanah dan jujur serta mempunyai sikap keprihatinan yang tinggi. Rakyat yang tidak berpuas hati terhadap pemimpin mereka diberikan hak bersuara iaitu melalui undian setiap 4 tahun. Seharusnya rakyat menggunakan sebaik mungkin hak bersuara itu untuk memilih pemimpin yang akan memipin negra dengan lebih baik. –NUR SHAHEZAYU, 2014978867-


Akta yang mana menjaga hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, akta tentang orang Islam dan juga akta tentang bahasa Melayu, di mana kewujudan akta ini ingin melindungi hak orang Melayu. Akta-akta ini tidak boleh dipinda kecuali dengan persetujuan Yang Dipertuan Agong. –HAIQAL, 2014521169-


Pada minggu ini perbentangan tentang Malayan union, dimana melayu itu sendiri tidak membenarkan kehadiran Malayan union. Wujudnya kesedaran perpaduan di antara kaum. Sebab penentangan ada kerana hak kerakyatan jus soli dimana kaum cina dan india mendapat kerakyatan dan juga paksaan kepada raja raja melayu untuk menerima malayan union. Orang melayu hilang keistimewaan hak kerakyatan terbuka. –YUSRA 201450919-


Pelaksanaan Malayan Union telah menimbulkan penentangan orang Melayu terhadap sistem pemerintahan tersebut. Antara sebab penentangan ialah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut raja-raja Melayu, contohnya Sultan Badlishah dari Kedah. Sultan turut tidak diberi masa yang secukupnya untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri. Orang Melayu juga menentang

kerakyatan mudah kepada kaum imigran secara jus soli. Status peribumi orang Melayu juga terjejas. Antara kesan kesannya ialah kehilangan kedaulatan raja dimana pada pandangan orang melayu, raja atau sultan merupakan lambang kuasa dan kedaulatan orang melayu. Kedua, Pemberian Kerakyatan (Kewarganegaraan) secara Jus Soli iaitu dipercayai boleh mengurangkan majoriti orang melayu di tanah melayu dan kedudukan ekonomi dan politik orang melayu akan terjejas. -ELYATI, 2014531413

Rakyat Tanah Melayu menentang Malayan Union kerana kuasa Raja-raja telah dihapuskan dalam urusan pentadbiran negeri. Hak kerakyatan juga telah diberikan berdasarkan prinsip jus soli. Warga bumiputera juga tidak mendapat hak keistimewaan kerana hak samarata semua warganegara. Pihak British juga telah mendapatkan tandatangan Raja Melayu secara paksaan - Diana, 2014768631

Perlembagaan adalah perkara yang penting dalam menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran sesebuah negara. Ia merangkumi semua aspek dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum dan jugak untuk mengelakkan perbalahan dan ketidak puasan hati antara bangsa dan kaum - Aismat, 2014782181


Orang Melayu telah menentang dengan secara keras dalam penubuhan Malayan Union. Hal ini kerana, jika terjadinya Malayan Union ini, maka segala hak keistimewaan orang Melayu akan terhapus dek kerana buah fikiran mereka untuk mewujudkan sebuah Negara yang sama-rata. – haziq farid 2014521873