MINGGU 8

Pada minggu kelapan, kami belajar tentang topik Modenisasi, pembangunan ekonomi dan hubungan etnik. Modenisasi ialah satu proses transformasi atau perubahan dalam aspek kehidupan masyarakat. Matlamat dan kepentingan modenisasi adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat industri di mana ianya adalah satu usaha untuk menghasilkan sesuatu. Ini bagi meningkatkan tahap ekonomi negara sekaligus merapatkan jurang antara kaum. Modenisasi turut dilihat dari perubahan pembinaan teknologi, pembangunan pertanian dan urbanisasi pada zaman sebelum dan selepas merdeka. Sebagai contoh, orang melayu dahulunya bekerja sebagai petani, penggembala kambing dan nelayan, akan tetapi pada zaman kini, apa yang kita lihat ada yang bekerja sebagai doktor, peguam dan banyak lagi yang membawa kepada pembinaan negara. Di sebalik perubahan ini saya mempelajari, perubahan itu perlu bagi mengikuti peredaran zaman namun janganlah pula kita melakukan perubahan yang tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di mana sesuatu perubahan itu seharusnya mendatangkan perkara yang positif dan manfaah kepada diri kita serta masyarakat lain. –Adebah Ella, 2014167717

Sebelum permodenan berlaku di Malaysia, rakyat menggunakan tenaga buruh untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan dan juga untuk berhubung sesame lain seperti contoh zaman dahulu menggunakan burung sebagai perantaaran surat dan juga menggunakan perkhidmatan pekerja penghantar surat. Manakala sekarang ini rakyat di Malaysia mempunyai teknologi yang canggih seperti telefon pintar yang mudah dan cepat untuk berhubung dan menghantar maklumat.-NUR SHAHEZAYU, 2014978867-

Rancangan Malaysia yang dikemukakan dan dicadangkan untuk negara kita, untuk memastikan proses berjalan dengan teratur. Pun begitu, pelaksanaan nya sangat bagus, namun pelaksana tidak dapat melakukan dengan baik, sehinggakan ada rancangan yang tidak dapat dilaksanakan dengan baik. sebagai contoh, untuk membasmi kemiskinan yang tegar. –HAIQAL, 2014521169-


Dalam minggu ini kami mempelajari tentang modenisasi.Modenisasi ialah satu proses transformasi atau perubahan dalam aspek kehidupan masyarakat. Ia dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara.Ia juga sesuatu yang harus ditempuhi oleh semua bangsa atau negara, manakala pembaratan adalah suatu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak di sertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana. Salah satu bentuk modernisasi di bidang pertanian adalah dengan adanya teknik-teknik pengolahan bahan yang baru dengan menggunakan mesin-mesin dan sebagainya. –ELYATI, 201451413

Pada minggu kelapan, apa yang dapat saya simpulkan terhadap topik modenisasi ialah modenisasi Malaysia adalah bermodelkan modenisasi barat yang banyak menitikberatkan pembangunan ekonomi. Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia sedar bahawa negara tidak boleh selamanya bergantung kepada sektor pertanian kerana harga komoditi pertanian sentiasa mengalami turun naik. Oleh itu Malaysia meletakkan matlamat ingin keluar dari status negara pertanian kepada sebuah negara industri. Beberapa langkah telah diambil untuk merealisasikan Malaysia sebagai Negara industri. Antaranya ialah Pembangunan pertanian iaitu pertanian sara diri diubah kepada pertanian komersial. Selain itu, urbanisasi untuk memindahkan penduduk luar bandar ke bandar bagi memenuhi permintaan tenaga buruh. Tambahan pula, Kerajaan mempergiatkan lagi  proses industrialisasi di Malaysia dengan membuat pengeluaran barangan kilang atau yang sudah siap secara besar-besaran.Akhir sekali,  perubahan daripada industri gantian import kepada industri berasaskan ekspot menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun pada seperti hari ini. -Azhar, 2014570125


Rancangan Malaysia telah diwujudkan untuk menjadi pemacu Negara untuk menghadapi masa hadapan. Kerajaan telah melahirkan banyak strategi dalam rancangan ini, akan tetapi tidak semua dapat dicapai disebabkan beberapa factor seperti masa, ekonomi, dan kewangan. – haziq farid 2014521873