MINGGU 9

Politik dapat membawa semua etnik kearah perpaduan dan integrasi.  Proses perpaduan dan integrasi ini memerlukan penglibatan langsung kerajaan bidang lain terutama dari segi kemasyarakatan dan ekonomi. Bidang politik melibatkan semua kaum dan bangsa dan ini menunjukkan perpaduan dan hubungan yang terguh dapat dijalin dalam negara.- NUR SHAHEZAYU, 2014978867-

Sistem politik zaman Islam iaitu Piagam Madinah, di mana piagam ini sangat adil dan saksama dalam pelaksanaan nya. Undang-undang yang tidak mendiskriminasikan kaum dan agama lain. Diberi kan kebebasan untuk beragama,  asalkan tidak mengganggu gugat ketenteraman orang lain. Sehingga kan negara Islam ini meluaskan empayar nya ke serata dunia disebabkan oleh kesaksamaan dan keadilan dalam pelaksanaan piagam Madinah. –HAIQAL, 2014521169-

Dalam setiap RMK, kerajaan berusaha untuk mengurangkan kemiskinan dan juga jurang pendapatan yang teralu jauh bagi bumiputera dan kaum lain ( cina/india) Ini bagi memastikan pendapatan diantara kaum tidak terlalu berbeza supaya tidak ada perasaan dengki terhadap kaum yang boleh menyebabkan tragedi 13 Mei. -Aidil Adha, 2014746567-

Pada minggu kesembilan, tentang politik. Negara bangsa memerlukan pelbagai bangsa,kerajaan berdaulat dan sempadan yang tersendiri. Juga mengenai tenang dasar pendidikan kebangsaan, tentang pakaian seragam, kurrikulum sendiri, tiada halangan untuk memasuki mana mana sekolah, apabila perhimpunan perlunya rukun Negara. Dari sudut kuantitatif mengenai demonstrasi tinggi boleh mengakibatkan Negara tidak stabil dan kekerapan pilihan raya mengakitbatkan tiada persefahaman. Dari sudut kualitatif pencapaian dasar dasar kerajaan iaitu berkesan atau tidak. –YUSRA 201450919

Pada minggu kesembilan, kami membincangkan tentang pembangunan politik dan hubungan etnik di mana ianya mengenai cabaran dalam membina negara bangsa. Ianya situasi di mana kerajaan harus menempuh cabaran-cabaran yang mendatang seperti migrasi. Sebagai contoh orang luar yang datang ke negara kita seperti Indonesia, Nepal dan lain-lain yang membawa adat dan budaya masing-masing. Malah, adat dan budaya ini sukar untuk diterima dan difahami oleh negeri lain. Di samping itu juga, gabungan etnik yang berbeza turut mendatangkan kesan. Sebagai contoh, kesan daripada penggabungan ini, Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang berbeza dari segi agama, budaya dan adat di mana ianya menyukarkan kesemua etnik untuk memahami adat dan budaya etnik mereka. Sehubungan dengan itu, setiap rakyat yang hidup dalam negara Malaysia haruslah mencuba untuk memahami setiap ciri, budaya dan keunikan etnik lain agar pembinaan negara bangsa yang kukuh dapat dibina dan dikekalkan di samping menjamin kesejahteraan hidup penduduk Malaysia. –Adebah Ella, 2014167717.


Apa yang saya dapat simpulkan untuk minggu kesembilan ialah mengenai bagi membina negara bangsa , nilai-nilai kenegaraan yang tinggi perlu disemai dalam setiap sanubari rakyat Malaysia tanpa mengira kaum bagi memperjuangkan keamanan dan mencapai matlamat wawasan 2020 sekaligus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Walau bagaimanapun bukan mudah untuk membentuk Malaysia sebagai negara bangsa. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dan harus konsisten bagi memastikan pembentukan negara bangsa Malaysia tercapai dan menuju ke arah negara maju. Selain itu, politik yang baik adalah datangnya dari rakyat yang baik dan seterusnya membentuk pemimpin yang baik. Adab pemimpin terhadap rakyat dan adab rakyat terhadap pemimpin perlu dijaga demi menjamin keharmonian dalam politik itu sendiri.  -Azhar, 2014570125


Pada minggu Ini saya mempelajari tentang cabaran hubungan etnik di Malaysia adalah tentang politik perkauman dimana wujudnya parti politik berasaskan etnik yang membawa aspirasi dan menyuarakan kepentingan masing-masing sehingga menimbulkan persaingan kepentingan dan semangat perkauman terutamanya pada isu-isu seperti bahasa, agama, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Dalam sistem politik demokrasi, ideologi politik nasionalisme hendaklah dipastikan dalam kawalan dan keadaan yang matang supaya ia tidak mendorong kepada semangat perkauman sempit seperti ekstrimis, cauvinis dan rasis. Sebaliknya harua kepada penyatuan, setiakawan dan semangat keyakinan untuk kejayaan. Selain itu, cabaran terhadap perbezaan agama. Setiap etnik mempunyai agama yang berbeza seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Animisme dan lain-lain sehingga membawa kepada polarisasi etnik sekiranya jurang perbezaan itu semakin meluas dan tidak ada usaha untuk membawa kepada dialog antara agama. Perbezaan boleh menebal jika sentimen perbezaan dimainkan oleh pemimpin-pemimpin agama yang berkepentingan dengan merendahkan agama lain atau tindakan kezaliman ke atas penganut agama lain. Suatu hakikat yang penting ialah setiap ajaran apa-apa agama sekalipun akan memerintahkan penganutnya mengamalkan nilai baik dalam kehidupan dan menjauhi nilai-nilai kejahatan. Setiap agama menggalakkan menghormati dan membantu orang lain. Justeru itu ini mampu untuk mewujudkan keharmonian hidup di kalangan rakyat Malaysia.Kita harus menghormati setiap etnik2 yang berlainan dan berbeza dengan kita. –ELYATI, 201451413

Pembaratan ialah proses meniru gaya hidup barat dan ia merupakan elemen yang tidak bagus kerana ianya bertentangan dengan nilai-nilai budaya yang bertunjang kepada agama. Pembaratan juga akan merosakkan jati diri seseorang individu. Pemodenan pula adalah proses menukar atau merubah sesuatu yang lama / yang ketinggalan zaman kepada sesuatu yang baru sebagai contoh mesin dalam proses pembuatan barang. Pemodenan adalah elemen yang baik dalam aspek ekonomi. - Aismat, 2014782181


Kerajaan yang memerintah Negara akan diberi tempoh selama 4 hingga 5 tahun untuk memerintah sebelum menghadapi pilihan raya umum. Rakyat harus menilai kerajaan pada setiap tempoh mereka memerintah selepas pilihan raya kerana sekiranya wujud amalan yang negatif yang diamalkan oleh pemerintah kini, mereka mempunyai pilihan untuk mengubah kepada kerajaan serta pemimpin yang baharu. – haziq farid 2014521873