Kerelevenan perkara yang diperuntukkan
dalam perkara 153
Perkara 153 Perlembangan Malaysia
memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggunjawab menjaga hak-hak dan
keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Sejak
akhir-akhir ada pihak tertentu yang mula berani untuk mempertikaikan beberapa
perkara yang termaktub di dalam perlembagaan ini. Penting untuk kita memahami
perkara 153 secara mendalam untuk memastikan tiada perkara yang boleh
menyebabkan perpecahan kaum berlaku dia Malaysia. Jadi apakah kerelevenan
perkara yang diperuntukkan dalam perkara 153?
Apa yang perlu difahami tentang
perlembagaan perkara 153 ini ialah ;
- 1 Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.
- 2 Walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan perkara 40 dan peruntukan perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah perlembagaan ini dan di bawah undang-undang istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diveri atau diakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lessen bai menajalan apa apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lessen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan perkara ini.
Walaupun dari sudut peruntukan khas
ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas
semua warganegara persekutuan, namun apa yang relevan tentang perkara ini ialah
untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya
Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang
ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah
dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.
Kedudukan istimewa orang Melayu ini
tidak mutlak. Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain yang secara
amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan
kewarganegaan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama
masing-masing, hak untuk menggunakan Bahasa ibunda dan yang paling penting hak
untuk mendapat layanan yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang
Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam perlembagaan.
Majlis Raja-Raja mengingatkan semua
rakyat Negara ini agar memahami Kontark Sosial ini agar kefahaman yang mendalam
dapat dipergunakan bagi mengekalkan perpaduan di Negara kita, seiring dengan
Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita.
Jesteru itu adalah menjadi
tanggungjawab semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama agar sama-sama
untuk memahami dan menghayati Kontrak Sosial ini, agar ianya dapat diteruskan
dari generasi ke generasi sebagai jambatan mengekalkan perpaduan dan semangat
satu Negara sepertimana yang dipersetujui dan diaplikasikan (perjanjian dan
permuafakatan) oleh para pemimpin dan rakyat Malaysia terdahulu.