Piagam Atlantik
Piagam Atlantik adalah perjanjian antara Amerika Syarikat dan Great
Britain yang ditubuhkan Vision of Franklin Roosevelt (President Amerika
Syarikat) dan Winston Churchill (President British) selepas Perang Dunia II.
Salah satu aspek yang menarik dalam piagam ini yang telah ditandatangani pada
14 Ogos 1941 adalah Amerika Syarikat
tidak terlibat dalam perang pada masa itu.
Piagam Atlantik terdiri daripada tujuh (7) aspek iaitu:
1. Amerika Syarikat dan Great Britain bersetuju untuk tidak mencari perolehan
wilayah selepas hasil Perang Dunia II.
2. Setiap negara diberi hak untuk menentukan nasib sendiri.
3. Usaha bersepadu akan dibuat bagi mengurangkan halangan
perdagangan.
4. Kemajuan kebajikan sosial adalah penting dan kerjasama ekonomi
global telah diiktiraf
5. Semua pihak mengusahakan untuk kebebasan dari ketakutan dan
kemiskinan
6. Kepentingan kebebasan laut
7. Berusaha ke arah pelucutan senjata selepas perang dan pelucutan
senjata bersama negara-negara penyerang.
Piagam ini adalah satu langkah berani dari pihak Great Britain dan
Amerika Syarikat. Seperti yang dinyatakan ia adalah sangat penting bagi Amerika
Syarikat kerana mereka tidak lagi terlibat dalam Perang Dunia II. Kesan Piagam
Atlantik boleh dilihat dengan cara yang berikut:
• Negara-negara Bersekutu bersetuju dengan prinsip-prinsip Piagam
Atlantik dengan itu mewujudkan persamaan tujuan.
• Piagam Atlantik merupakan langkah pertama penting ke arah
Bangsa-Bangsa Bersatu.
• Piagam Atlantik yang dilihat oleh kuasa-kuasa Axis sebagai
permulaan satu Amerika Syarikat dan Great Britain pakatan. Ini mempunyai kesan
pengukuhan kerajaan ketenteraan di Jepun.
Keranda 152
Keranda 152 merujuk kepada Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang
meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari kontrak sosial yang
telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa.
Sewaktu detik mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tuntutan rakyat
untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai sesatunya Bahasa rasmi telah tidak dapat
dipenuhi oleh parti yang memerintah. Alasannya kerana Bahasa Melayu belum
benar-benar bersedia untuk mengambil-alih tugas Bahasa Inggeris yang telah
digunakan oleh penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara. Atas
sebab itu, Bahasa Inggeris masih dibenarkan penggunaannya, untuk tempoh masa 10
tahun lagi. Tempoh itu dirasakan munasabah untuk setiap rakyat Tanah Melayu
mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu.
Apa yang berlaku pada tahun 1967, Bahasa Inggeris masih diberi ruang
yang besar sebagai bahasa rasmi. Badan NGO Melayu rasa terkejut dengan beberapa
peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa
Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman.
Sekumpulan 9 orang peguam Melayu telah menghantar memorandum
menyuarakan bantahan namun tidak dipedulikan oleh parti yang memerintah.
Kemarahan orang Melayu membuak-buak. Seramai 2,000 orang mewakili 120
pertubuhan orang Melayu telah berhimpun di Balai Budaya, DBP pada petang Jumaat
3 Mac, 1967.
Perhimpunan ini menyaksikan orang Melayu bersatu tanpa mengira
fahaman politik. Peristiwa itu juga diingati dengan ucapan Tun Syed Nasir
Ismail, Pengarah DBP yang menitiskan airmata mengenangkan nasib Bahasa Melayu;
"...saya menangis bukan kerana takut, tetapi air mata ini lahir
daripada keharuan hati sanubari saya mengenangkan nasib bangsa saya. Saya tidak
boleh buat apa-apa sekarang ini. Saya terikat..."
Kemarahan rakyat sudah tak terbendung menyaksikan sekumpulan aktivis
bersedia mahu berarak ke Bangunan Parlimen. Mereka mahu mengusung Keranda 152
yang membawa jiwa bangsa yang sudah ditamatkan hayat oleh bangsanya sendiri.
Peristiwa Keranda 152 akan diingat sebagai satu episod dalam sejarah
perjuangan Bahasa Melayu. Balai Budaya yang menjadi saksi peristiwa bersejarah
itu, kini sudah ditukar nama kepada Balai Tun Syed Nasir. Peritiwa 13 Mei 1969,
kemudiannya seakan menjadi penyelamat bila Bahasa Melayu dijadikan bahasa
pengantar utama dalam dasar pendidikan negara. Kemuncak perjuangan ini
menyaksikan lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang
menyaksikan buat kali pertama, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai
pengantar utama.
Apakah
sumbangan golongan ulamak dalam mencapai kemerdekaan?
Dalam konteks perjuangan mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu,
golongan ini sebenarnya banyak memberi sumbangan seperti, meniupkan semangat
menentang kuasa penjajahan serta penubuhan parti-parti politik yang turut sama
menyemarakkan semangat kemerdekaan. Sejarah mengakui peranan ulama menjadi
pengerak dan perintis menuntut kemerdekaan. Ini ekoran maklumat dan gerakan
anti penjajah di Timur Tengah serta terpengaruh dengan idea pemulihan Islam
oleh reformis Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh dan
pengaruh ini dibawa pulang di tanahair.
Golongan agama menyebarkan dakwah dan meniupkan semangat kemerdekaan
dan kesedaran melawan penjajah, melalui penulisan menyeru kesedaran Islam
sejagat. Pada tahun 1906 hingga 1942, golongan agama menyedarkan masyarakat
Melayu melalui penubuhan sekolah atau madarasah dan pondok di seluruh negara
serta melalui wadah surat khabar, majalah, aktiviti penulisan kitab,
penterjemahan dalam proses kesedaran orang Melayu menuntut kemerdekaan. Gerakan
Pemulihan Islam ini turut menimbulkan kesedaran di kalangan intelektual Melayu
ketika itu.
Nama besar seperti ilmuan dan intelektual Islam terkenal Syed Sheikh
Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Pendita Za’ba, Dr Burhanuddin al-Helmy, Haji
Abas Taha, Ustaz Abu Bakar Bakir, Dr Zulkifli Mohamad, Haji Ahmad Fuad dan
datuk Perdana Menteri sendiri iaitu Haji Abdullah Fahim cukup berpengaruh
ketika itu di samping ramai lagi tokoh awal pejuang kemerdekaan di kalangan
ahli agama yang merupakan antara golongan terawal memulakan gelombang pertama
meniupkan semangat kemerdekaan. Korpus pemikiran yang dibina mereka juga telah
melahirkan idea dan fikiran, kritikan serta nasihat bagi memajukan masyarakat
Melayu untuk bangkit menuju kejayaan dan membina tamadun umat Islam yang
unggul.
Mereka telah menyemarakkan kegiatan penulisan intelektual, aktif
membasmi buta huruf, merapatkan jurang perbezaan jantina dalam pendidikan,
konsisten mengkaji tabiat masyarakat ketika itu serta menerbitkan pelbagai
bahan bacaan yang cukup berkesan, informatif dan berjaya menarik perhatian
serta minat masyarakat seperti Pengasuh, Qalam, Neracha, Ikhwan dan sebagainya
untuk memahami Islam secara syumul dan tidak berlandaskan bidaah atau karut
marut dalam agama. Ketika itu sumber bacaan dan pengajian kuliah di institusi
agama menjadi mekanisme dan alternatif sebagai salah satu medium untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat Melayu tentang apa yang berlaku di dalam dan luar
negara.
Melihat pengaruh golongan agama dan institusi ulama ketika itu semakin
mendapat dokongan rakyat, memaksa pihak British cuba menimbulkan pelbagai
fitnah dengan melabelkan golongan ini sebagai radikal, penentang dan sebagainya
di samping melaksanakan serangan minda dengan mengubah persepsi masyarakat agar
menafikan peranan ulama serta menganggap hanya golongan nasionalis dan
berhaluan kiri sahaja berperanan dalam kebangkitan kemerdekaan negara. Biarpun
begitu, setelah negara mencapai kemerdekaan pada 1957, golongan agama dan
institusi yang cukup berpengaruh ini tidak pernah disisih atau dipinggirkan di
mana pengorbanan mereka tetap diiktiraf dan fungsi serta peranan mereka dalam
memajukan agenda agama, bangsa dan negara terus berlaku sehinggalah ke hari
ini.
Kesimpulannya, sebagai satu usaha mengangkat peranan ulama-ulama di
Tanah Melayu, adalah menjadi satu harapan agar generasi muda ini tidak
sewenang-wenangnya menidakkan daya upaya para ulama Nusantara khususnya dalam
menjadi percikan api perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. YM Raja Nazrin Shah
di dalam titah utama sempena Muzakarrah Ulama di Perak pada bulan Julai tahun
2007, menekankan peranan ulama di dalam pembentukkan negara Malaysia sehingga
hari ini. Isu ini telah diangkat berkali-kali oleh YM Raja Nazrin dalam
menyedarkan rakyat kepentingan berpaut kepada ulama sebagai satu sandaran
kepada Nabi junjungan besar ummah, Sayyidinna Muhammad Shollallahu Alaihi
Wassalamm.Wallahu’alam
Rujukan
Ramlah Adam, 2004. Gerakan Radikalisme di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka