NON MATERIAL

NILAI KEMASYARAKATAN
  • ADAT PERKAHWINAN ORANG ASLI

Masyarakat orang asli mempunyai adat perkahwinan yang unik walaupun terdapat unsur-unsur persamaan perkahwinan dengan masyarakat melayu seperti menghantar tanda, merisik, meminang dan bersanding. Adat seumpama ini masih diamalkan oleh suku kaum Mah Meri di mana selain daripada adat-adat di atas, terdapat juga upacara lain seperti membuang sial, mengasah gigi, menggantung kelambu, berinai dan majlis tari-menari serta memandi mempelai.

  • KEDIAMAN

Kediaman masyarakat Orang asli bergantung kepada kawasan yang didiami dan budaya sesebuah masyarakat Orang Asli. Saiz dan bentuk bergantung kepada jumlah penghuni dan berbeza-beza mengikut sub etnik. Bentuk rumah kediaman etnik Negrito lebih ringkas dan mudah iaitu berbentuk seperti pisang sesikat yang diperbuat daripada bukuh serta beratapkan bertam dan tepus. Manakala etnik Senoi pula membina rumah panjang dan semua isi keluarga yang belum berkahwin akan tinggal bersama. Biasanya, rumah panjang dibina dengan ketinggian 3.5 meter dari aras tanah.
Tujuannya ialah untuk mengelakkan daripada gangguan binatang buas dan saiznya boleh menempatkan sehingga 120 orang pada satu masa. Struktur tiang yang digunakan adalah dari batang pokok manakala palang rumah hanya diikat pada sebatang sebatang dengan menggunakan jalinan tali dan rotan. Bumbung rumah diperbuat daripada atap daun bertam atau daun langkap, bayas, cucuh dan kor yang dianyam rapat.
Struktur dalaman sesebuah rumah panjang adalah bersekat-sekat mengikut jumlah keluarga yang ada dimana di bahagian tengahnya akan dikosongkan sebagai ruang untuk menjalankan aktiviti bersama. Rumah kediaman etnik Melayu Proto lebih mirip kepada bentuk rumah masyarakat Melayu kerana etnik ini menetap berhampiran penempatan masyarakat Melayu dan turut terpengaruh dengan budaya masyarakat Melayu.

  • PERUBATAN TRADISIONAL

Masyarakat Orang Asli mempunyai hubungan rapat dengan factor alam seperti matahari, bulan, bintang dan elemen-elemen yang lain menyebabkan mereka memerlukan perantaraan dalam bentuk fizikal yang dilahirkan dalam pelbagai bentuk semasa mengadakan sesuatu ritual perubatan. Perantaraan bertindak sebagai tempat untuk memindahkan penyakit dari pesakit yang dirawat. Contohnya kaum Mah Meri menggunakan ancak, balai atau sampan sebagai perantaraan, manakala kaum jah hut pula menggunakan patung Sepili semasa upacara perubatan (Benisoy).




  • PERMAINAN

Permainan tradisional merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang atau bersenam. Masyarakat dahulu suka mengamalkan aktiviti ekonomi dan social secara bergotong-royong seperti menangkap ikan, bersawah, bertani, kenduri-kendara dan majlis keramaian yang lain. Banyak permainan tradisional yang dipertandingkan bagi memeriahkan majlis dan menimbulkan keseronokan selepas mereka penat bekerja.
Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba, mereka mengisi masa dengan kerja-kerja sampingan. Tempoh peralihan musim inilah digunakan untuk mengadakan pesta keramaian. Permainan tradisional di kalangan orang asli mempunyai kenunikan tersendiri apabilaperalatan permainannya hanya diperoleh disekitar mereka sahaja. Kebanyakkan peralatan permainan diperbuat daripada kayu, buluh, rotan dam sebagainya. Permainan ini biasanya melibatkan
lebih daripada seorang pemain dan juga berpasukan. Apabila permainan tradisonal ini diadakan di sesebuah kampong, penduduk kampong berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Situasi ini juga boleh mengeratkan dan mewujudkan interaksi sosial antara kampung-kampung yang lain.

  • SENI PERSEMBAHAN

Setiap suku kaum Orang Asli mempunyai alat muzik tradisional tersendiri seperti seruling hidung dan mulut, zither buluh, kereb, centong dan sebagainya. Mereka mencipta alat muzik ini dengan menggunakan bahan yang boleh didapati dari hutan seperti kulit haiwan yang digunakan untuk membuat gendang.
Buluh dan kayu pula digunakan untuk membuat alat alat muzik yang boleh ditiup, diketuk, dan dipalu. Alat bunyi-bunyian yang bertali biasanya diperbuat daripada buluh yang dipasangkan tali di bahagian luar. Ia mempunyai pelbagai ukuran dan lagu-lagu yang dimainkan mengikut irama bunyi binatang. Rebana merupakan alat muzik yang paling penting yang digunakan dalam segala upacara tarian.

  • MIMPI

Bagi masyarakat, mimpi yang dialami adalah perjalanan roh di suatu alam lain dan imej yang muncul di dalam mimpi adalah gambaran bagi sesuatu semangat. Kepercayaan ini juga dikaitkan dengan kepandaian mengubati penyakit khususnya oleh pengamal perubatan tradisonal kerana kebanyakan penyakit dikaitkan dengan unsur semangat yang diganggu. Selain itu, ilham daripada mimpi juga diterjemahkan di dalam hasil kerja tangan, misalnya corak pada anyaman selain ukiran pada buluh sumpitan, tabung damak, sikat buluh.
Bagi masyarakat Jah Hut dan Mah Meri, mereka mempunyai kemahiran mengukir patung dan topeng yang diispirasi daripada mimpi dijelmakan melalui rupa bentuk patung dan topeng. Peranan mimpi sangat besar kerana hanya melalui mimpi, seseorang bomoh dapat berhubung dengan semangat dan nenek moyang mereka dalam bentuk makhlus halus dan ghaib.

  • PATUNG DAN TOPENG

Masyarakat Orang Asli juga amat terkenal dengan ukiran patung dan topeng terutama sekali suku kaum Jah Hut dan Mah Meri daripada kelompok Senoi. Ukiran patung yang diusahakan oleh suku kaum itu melambangkan keperibadian mereka terhadap kepercayaan animisme. Mereka jiga sering mengaitkan ukiran patung dengan unsur unsur tanah, bumi, lautan, pelangi, angin, dan guruh.
Dalam dunia mitos, patung dan topeng diukir mempunyai pelbagai corak dan fungsi kerana dipercayai adalah imej jelmaan nenek moyang mereka. Ini melahirkan istilah Bes (Jah Hut) dan Moyang (Mah Meri) dalam hasil ukiran mereka. Antara patung yang popular dan mempunyai kaitan rapat dengan kisah silam mereka adalah harimau berantai, moyang lanjut, moyang lang kuit dan hantu belangkas. Kemahiran mereka mengukir jelas terserlah dengan sentuhan seni apabila melarik garis-garis geometri yang tepat tanpa menggunakan sebarang alatan dan bahan mekanikal. Jenis kayu paya seperti nyireh batu, merbau, meranti, rengas, cengai, pulai dan kemuning sering digunakan untuk mengukir patung dan topeng.




  • PANTANG LARANG DALAM KEHIDUPAN

Hampir semua suku kaum orang asli di Negara ini mempercayai dan mempercayai pantang larang dalam setiap aspek kehidupan mereka. Pelanggaran kepada pantang larang ini boleh membawa kepada musibah yang tidak baik kepada individu yang terlibat mahupun kepada komuniti setempat. Contohnya,kaum Mah Meri mempercayai bahawa isteri yang mengandung, si suami harus mematuhi pantang larang mereka seperti tidak boleh memaku kerana dikhuairi akan menyebabkan uri kandungan melekat.
Kematiandiaggap sebagai peristiwa yang menakutkan dan mempunyai banyak pantang larang terutamanya dalam tempoh berkabung. Dalam tempoh ini, sebarang bentuk aktiviti harian mestilah dihentikan dan ahli keluarga si mati tidak boleh berpakaian cantik dan berhias. Sekiranya mereka melanggar pantang larang ini, mereka akan mendapat hukuman dalam pelbagai bentuk antaranya disampuk hantu, sakit dan diganggu roh jahat.

Dari segi makanan
Haiwan di darat tidak boleh dimasak bersama-sama dengan haiwan di dalam air. Contohnya ayam dan ikan tidak boleh dimakan bersama. Jika masih dimakan bersama  seseorang itu akan jatuh sakit seperi demam kuning, keguguran rambut, batuk darah, sakit paru-paru, serta kudis dalam kulit yang kebiasaanya terdapat disekeliling pinggang.

Kaum Mah Meri juga dilarang membuang sisa makanan di merata tempat dan dilarang  untuk melangkah air-air bertakung didalam botol,tin dan batang batang kayu jika berlaku si pembuang akan mendapat busung.

Dilarang mengeji dan mengata kepada makanan. Ia mendatangkan sakit cirit dan kembung perut yang berpanjangan. Kanak kanak juga memakan daging seperti rusa, kijang dan burung helang. Pada sesetengah tempat pula ada yang melarang anak mereka memakan telur ayam. Jika makan, mereka akan mendapat sawan. Telur ayam biasanya menyebabkan kanak- kanak sakit dan selalu menangis.

Dari segi pantang larang dalam rumah iaitu jika jatuh di rumah yang sedang dibina adalah kurang baik jika seseorang itu terjatuh di rumah yang sedang dalam pembinaan. Akibatnya, ia mendatangkan sial atau kuang sihat kepada penghuni yang mendiami ruang tersebut. Tidur tidak cukup tiga hari di rumah yang baru siap, jika seseorang itu bermalam di rumah yang baru siap, seeloknya bermalam sehingga tiga malam berturut turut. Jika tidak perkara yang tidak baik kepada tuan rumah.


Dari segi pantang larang terhadap binatang buas dilarang bercakap besar atau mengata ngata dengan menunjukkan bekas bekas tapak kaki atau najis binatang buas dengan senjata merbahaya (cakap takbur) akibat dari perbuatan ini, binatang buas itu akan mengetahui dan timbul perasaan marah terhadap orang itu. Jangan sesekali mengambil sisa binatang buas untuk dimakan. Ia akan memberi seperti di atas. Tempat tempat binatang buas membunuh manusia tidak boleh ditempuhi seperti di atas. Tempat tempat binatang buas membunuh manusia tidak boleh ditempuhi atau dilalui. Sekiranya melanggarnya, kita akan terkena sakit atau mungkin mengigau ternampak binatang buas itu.

  • PERANAN TOK BATIN

Tok Batin dan Halak adalah orang yang sangat berpengaruh dan dihormati dalam masyarakat Orang Asli. Tok batin atau Penghulu adalah orang yang sentiasa dirujuk dan bertanggungjawab ke atas keselamatan, kebajikan dan segala hal ehwal masyarakat itu. Beliau juga memastikan masyarakatnya tidak dipengaruhi anasir luar yang negatif dan merosakkan jati diri mereka. Kepatuhan kepada Tok Batin telah berjaya mengawal organisasi masyarakat Orang Asli ini. Ia juga memelihara sistem nilai dan norma hidup masayarakat orang asli.

Peranan Halak (bomoh) penting dalam memelihara kesihatan dan kesejahteraan seluruh kampung dan anggota masyarakat agar terhindar dari sebarang bahaya, malapetaka dan gangguan penyakit. Seseorang yang terpilih menjadi Halak dianggap sebagai istimewa kerana ciri-ciri tertentu yang dimilikinya. Kedua-dua jawatan ini sangat berpengaruh dan penting dalam masyarakat Orang Asli kerana mempunyai kriteria khusus dan biasanya dari turun-temurun.

KEPERCAYAAN



Agama bukanlah teras bagi suku kaum Orang Asli. Mereka lebih disenangi dengan mempercayai sesuatu untuk kebaikan dan perlindungan diri sendiri, keluarga dan masyarakat mereka. Kepercayaan Orang Asli terdiri kepada empat bahagian iaitu:

Kepercayaan dan Perubatan
Secara tradisi, kepercayaan mereka dilingkari hubungan dengan makhluk halus, keramat,roh dan sebagainya. Pandangan hidup mereka banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal alam sekeliling di persekitaran yang di diami. Hutan, rimba, gunung, bukit, sungai, petir dan sebagainya dianggap mempunyai makna tersendiri bagi kosmologi masyarakat ini.

Keadaan alam persekitaran yang dikelilingi alam semulajadi membolehkan masyarakat ini mengenali dan memahami alam semesta, unsur-unsur ghaib dan spiritual.

Mimpi
Mimpi adalah inspirasi seharian masyarakat yang mengamalkan animise. Kepercayaan terhadap mimpi adalah mimpi dikatakan perjalanan roh di suatu alam lain dan gambaran yang muncul di dalam mimpi adalah gambaran yang memberi semangat. Dengan mempercayai perkara ini dikatakan mahir mengubati penyakit terutamanya kepada pengamal yang mengamalkan perubatan tradisional kerana kepercayaan mereka bahawa ia dikaitkan dengan unsur semangat yang diganggu.Kebanyakan kaum orang asli percaya bahawa mimpi adalah peranan yang besar kerana hanya melalui mimpi seseorang bomoh dapat berhubung dengan semangat dan leluhur nenk moyang mereka dalam bentuk makhluk ghaib.

Mistik
Masyarakat orang asli mempercayai bahan bahan yang diperolehi dipersekitaran mereka mempunyai kuasa yang tersendiri dan mampu mengelakkan bencana atau gangguan semangat jahat.

  •  Kulit kura-kura

Sebagai penghalang ribut dan juga untuk menghalau gajah. Mereka percaya jika menghina sifat kura-kura yang perlahan akan ditimpa musibah. Kulit kura-kura tersebut diadunkan dengan daun lada, serbuk lada dan kulit pinang.

  • Minyak Cenuai

Ia diperbuat daripada bunga cengloi dan bunga ini hanya dapat diperolehi Tok Halaq, bomoh atau Poyang. Jika memetik dan menyebut nama orang yang disukai beberapa kali dan diproses kepada minyak dipercayai bahawa orang tersebut akan menyukai pemetik bunga tersebut.

  • Buluh Perindu

Dikatakan sebagai pemikat dan sesiapa ingin mendapatkan buluh ini perlu meminta kebenaran dari penunggu gunung Luheu dan Gunung Putih.

  • Durian Hutan

Dibuat sebagai tangkal untuk menghalang gangguan toyol dan syaitan.

  • Cendawan Gajah

Digunakan sebagai bahan dalam upacara jampi untuk menghalang kencang atau guruh melanda sesuatu kawasan.

  • Kepala Ikan Haruan

Digantung di dalam rumah untuk menghalau anasir jahat.

  • Kayu Pulai



Dipercayai mempunyai semangat tersendiri. Digubakan untuk membuat patung dan Tok Halaq menggunkannya untuk memindahkan penyakit daripada badan pesakit ke dalam patung dan kemudiannya dibuangkan ke tempat yang ditetapkan.