MINGGU 3

Pada minggu ketiga, saya mempelajari prejudis merupakan pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain. Kita sebagai manusia seharusnya mengelakkan perasaan prejudis di antara satu sama lain. Kita sebagai masyarakat berbilang kaum, bangsa dan etnik perlu menyerapkan hubungan etnik yang positif dalam diri masing–masing. Malah, melalui cara ini dapat mewujudkan hubungan yang harmoni antara kaum. Kita juga sepatutnya hidup di dalam masyarakat harmoni bagi mengelakkan perpecah-belahan kaum di negara kita. –Adebah Ella, 2014167717

Apa yang saya pelajari minggu ketiga adalah mempelajari maksud perkataan baru iaitu segregasi, akomodasi,akulturasi dan asmilasi. Dalam era globalisasi ini terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu dalaman dan luaran sedikit sebanyak menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik di Malaysia  jika tidak ditangani dengan bijak. Oleh yang demikian, kefahaman tentang istilah dan konsep sosiologi membolehkan kita mendalami bidang ilmu hubungan etnik secara ilmiah dan mendalam  sekaligus menghalang tahap hubungan yang negative seperti prejudis dan diskriminasi.- Azhar, 2014570125-

Perbezaan budaya antara manusia mewujudkan etnisiti iaitu rasa kekitaan dan harmoni dengan sejarah, tingkah laku yang sama. Allah yang menjadikan manusia itu berbeza-beza dan juga mempunyai persamaan untuk saling kenal mengenali. Walaupun berbeza bangsa dan budaya tetapi manusia mempunyai keinginan dalam melahirkan etnisi. – NUR SHAHEZAYU, 2014978867-

Didalam bab ini saya belajar tentang sikap prejudis dimana prejudis adalah prejudis adalah pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang berbeza daripadanya mungkin dari segi jantina,kaum ataupun negeri. Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka.Maksud di sini lebih kepada berprasangka (buruk) terhadap sesuatu individu atau kumpulan itu.Kita perlu menerima kekurangan org lain dan menghormati org lain- ELYATI, 2014531413


Pada minggu ini ustazah menerangkan tentang maksud perkataan yang kami tidak pernah dengar iaitu akomodasi,  amalgamasi,  pluraliti,  entosentrisme, diskriminasi, rasisme dan sebagainya. Juga tentang konsep hubungan etnik pelbagai kaum. Bagaimana perasaan dan pemikiran mereka. –YUSRA 201450919-

Allah mencipta kepelbagaian bangsa, warna kulit, bahasa dan lain- lain, kerana untuk kita mengenal dan mengakui ciptaan-Nya. Dan kita sebagai umat Islam, perlu untuk belajar menerima kepelbagaian ini untuk kita menjadi lebih baik. Pun begitu, mestilah mengambil elemen yang tidak jauh terpesong dari agama kita. –HAIQAL, 2014521169-


Walaupun Allah S.W.T menciptakan kita dalam kedaan yang berbeza (warna kulit, bangsa, agama, fizikal tinggi rendah, kaya miskin) tetapi kita perlulah menghormati diantara satu sama lain, supaya kita dapat belajar ilmu baru. -Aidil Adha, 2014746567-

Bab 1 CTU555 telah menerangkan tentang konsep asas hubungan etnik. Saya akan menekankan tentang salah satu ciri masyarakat iaitu kepimpinan. Sesebuah masyarakat perlu mempunyai pemimpin yang berwibawa dan mampu memimpin masyarakat supaya masyarakat sentiasa bersatu padu. Pertelagahan boleh terhasil jika masyarakat dan pemimpin tidak sehaluan.- Diana, 2014768631


Bab 1 menerangkan tentang konsep asas hubungan etnik, perpaduan dan integrasi antara kaum. Disini dapat disimpulkan bahawa sifat semulajadi manusia adalah hidup secara bermasyarakat. Manusia hidup secara berkumpulan dan saling memerlukan antara 1 sama lain. Islam juga berpendapat semenjak zaman roh lagi kehidupan adalah secara bermasyarakat.- Aismat, 2014782181


Bagi saya, untuk mengenal dan mencintai Allah SWT dengan lebih dalam, kita haruslah mengenali semua jenis bangsa di muka bumi ini. Hal ini kerana, apabila kita belajar mengenali bangsa-bangsa tersebut, secara tersendirinya perasaan cinta dan sayang akan Allah SWT itu akan wujud kerana kuasa-Nya  mencipta setiap daripada manusia itu dengan pelbagai budaya, perangai, serta ragam. – haziq farid 2014521873