MATERIAL

Masyarakat orang Asli mendapatkan makanan dengan berburu, bertani, mengumpul, mengutip, menternak dan membeli makanan. Memburu binatang merupakan pekerjaan warisan turun temurun. Masyarakat orang Asli juga bercucuk tanam. Sumber makanan asasi mereka ialah ubi kayu selain tanaman lain seperti padi bukit, jagung, pisang dan pokok buah buahan. Kerja kerja perladangan banyak menggunakan alat alatan tradisional seperti beliung, parang, tugal dan sebagainya. Kegiatan mengumpul dan mengutip makanan, seperti pucuk paku, pucuk ubi kayu, cendawan dan jantung pisang biasanya dilakukan oleh kaum wanita. Buah buahan seperti rambai, langsat, petai dan jering juga dikutip dari hutan. Kaum lelaki pula mengumpul akar kayu, rotan dan kayu gaharu untuk dijual. Masyarakat orang asli menternak binatang sebagai sumber kewangan kerana mereka tidak memakan binatang ternakan sendiri. Jika mereka ingin makan binatang tersebut, mereka akan menukarnya dengan penternak lain atau membeli.

BERCUCUK TANAM

Masyarakat Orang Asli di pedalaman menanam ubi kayu,padi huma, jagung, sekoi, dan pisang sebagai sumber makanan. Mereka mula membuka ladang dengan menebang pokok pada bulan April hingga Mei apabila melihat beberapa tanda seperti pokok hutan mula mengeluarkan bunga, riang-riang sering berbungga pada waktu petang dan bunyi daripada sejenis burung. Setelah ditebang, pokok dibiarkan kering supaya mudah dibakar dan biasanya dilakukan pada bulan Julai sebelum kerja penanaman dimulakan.

Bagi tanaman padi dan jagung, kaum lelaki akan menugal manakala kaum wanita akan memasukkan biji benih ke dalamnya. Kerja ini dilakukan pada bulan Ogos hingga September apabila tiba musim hujan. Mengikuti tradisi, benih padi atau jagung direndam terlebih dahulu di dalam air rendaman lengkuas dan pisang yang diracik. Tujuannya bagi menghasilkan buah yang banyak. Kerja–kerja menugal juga ada peraturannya, iaitu ia perlu dilakukan di sebelah kiri dahulu kemudian barulah ke sebelah kanan. Biasanya hasil padi dituai selepas enam bulan. Sementara menunggu padi masak, mereka akan menanam tanaman seperti mentimun bukit, sekoi dan jagung. Setelah padi dituai, lading akan dibiarkan sehingga musim seterusnya tiba untuk memulihkan ‘semangat’ tanah.   

MEMBURU
Memburu merupakan salah satu kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat tradisi Orang Asli bagi tujuan mendapatkan sumber makanan. Melalui evolusi, mereka kreatif untuk mencipta pelbagai peralatan memburu seperti sumpit,jerat, perangkap, lembing dan sebagainya. Peralatan ini sering digunakan untuk memburu binatang seperti pelanduk, rusa,kijang,kancil, babi hutan, kera, burung dan lain-lain. Senjata pemburuan mereka yang utama ialah sumpit. Ia digunakan daripada jenis buluh sumpitan kerana buluh jenis ini mempunyai ruas yang panjang. Damak sumpitan biasanya diperbuat daripada lidi bertam, disapu racun ipoh dihujungnya dan dipasangakan kayu gabus di pangkalnya. Damak dilepaskan dari laras sumpitan dengan hembusan nafas yang kencang hingga boleh mencapai sejauh 20 hingga 40 ela. Cara membuat sumpit buluh ini berbeza-beza mengikut suku kaum terutamanya dibahagian pipitnya yang diukir.

Racun damak diperoleh daripada getah pokok ipoh. Ciri-ciri daun pokok Ipoh ini ialah hujung daunnya berbentuk tirus,oblong elliptik,pangkal daun berbentuk bulat. Secara umumnya daun pokok ini adalah nipis

Selain itu, peralatan ini juga digunakan sebagai senjata untuk melindungi diri daripada serangan haiwan liar semasa memburu. Aktiviti memburu biasa dilakukan oleh lelaki sahaja. Antara jenis-jenis binatang yang diburu ialah monyet, kera, babi hutan, burung, biawak, tupai dan binatang kecil yang lain. Ikan adalah sumber utama protein. Ia ditangkap dengan menggunakan lukah, kail, racun akar tuba, serampang, jaring, tuar dan juga dengan tangan. Pekerjaan ini dilakukan oleh kaum lelaki dan perempuan. Hasil seperti rotan, damar, buluh, cendana dan gaharu akan dijual. Mereka pulang pada waktu tengahari atau petang.


PENGANGKUTAN
Orang asli Mah Meri sangat berdikari dalam meneruskan kehidupan seharian mereka. Mereka membina rakit yang diperbuat daripada buluh untuk memastikan kehidupan seharian mereka. Ada rakit yang besar, ada juga rakit yang kecil. Untuk rakit yang kecil mereka memerlukan 5 buah buluh dan untuk rakit yang besar mereka memerlukan 10-15 buah buluh. Rakit ini membantu mereka untuk berhubung dengan dunia luar di mana mereka membawa sumber-sumber yang diperoleh untuk digunakan dalam kehidupan dan keperluan mereka. Kelangsungan hidup mereka yang banyak bergantung pada sumber alam semula jadi menjadikan mereka sangat kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang dapat digunakan dalam kehidupan mereka. hebat kan mereka nie ?


Mereka juga tinggal di kawasan yang dekat dengan pantai atau persisiran sungai, sebab itu lah mereka menghasilkan pengangkutan yang dapat digunakan di perairan sungai atau pantai. Suku kaum Mah meri ini memang digelarkan sebagai orang yang hidup dan pandai dengan menggunakan hasil hutan. Maka tidak mustahil untuk mereka menghasilkan pelbagai barang yang dari hasil hutan




PERHIASAN DIRI
Perhiasan mereka ini diperbuat daripada hasil hutan juga seperti biji getah. Mereka menggunakan getah-getah berwarna dari pokok pokok hutan untuk menghiasi muka dan badan mereka. Warna yang disukai adalah merah hitam dan putih. Getah-getah ini biasanya dicampur dengan bahan-bahan lain supaya ia tidak melukakan kulit dan ia sesuai untuk dicalitkan.
Calitan yang biasa digunakan ialah lakaran garis-garis lurus, bengkang bengkok atau bertitik titik di atas dahi dan pipi. Terdapat juga yang menghiasi diri mereka dengan melukis gambar pada muka dan badan tetapi kini jarang ditemui lagi.

Mereka juga menggunakan gigi kera untuk dijadikan rantai mereka. Mengapa rantai kera ? sebab kebetulan mereka memburu dan membunuh kera dan tidak tahu untuk melakukan apa, then mereka menggunakan gigi kera untuk dijadikan rantai. menarik bukan ? sangat kreatif meggunakan apa yang diperoleh. 


PERMAINAN TRADISIONAL ORANG ASLI
Permainan traditional merupakan satu aktiviti sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang atau bersenam. Masyarakat orang asli suka mengamalkan aktiviti ekonomi dan sosiaal bersama seperti menangkap ikan, bersawah, bertani, kenduri-kendara dan majlis keramaian. Memandangkan cara hidup mereka yang sedemikian, maka banyak permainan dipertandingkan bagi menimbulkan keseronokan selepas penat bekerja dan memeriahkan majlis. Misalnya apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba, mereka mengisi masa dengan kerja-kerja sampingan. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian dan pesta.

Permainan traditional mempunyai keunikan tersendiri apabila peralatan permainannya hanya diperoleh di sekitar mereka sahaja. Kebanyakan peralatan permainan diperbuat daripada kayu, buluh, rotan dan sebagainya. Permainan traditional biasanya melibatkan lebih daripada seorang pemian dan berpasukan. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberikan semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial antara kampung-kampung yang mengambil bahagian.