Prejudis dan Asimilasi

Prejudis ditakrifkan sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Dalam erti kata lain, prejudis juga bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agam dan sebagainya. Perasaan prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Ianya mengadungi sentiment marah, takut dan sebagainya. Prejudis terdapat tiga jenis utama iaitu prejudis social, prejudis, bangsa dan prejudis agama. Selain itu, terdapat juga prejudis terhadap sekumpulan manusia adalah mempertahankan identity social , sikap masyarakat itu sendiri.

Prejudis atau persepsi negatif adalah satu aspek utama yang telah menyumbangkan kepada sentiment ketidak puasan hati di beberapa kalangan kumpulan etnik di Negara kita. Apabila berlakunya konflik yang disebabkan oleh prejudis, situasi menjadi semakin buruk kerana kurangnya kefahaman dan pengetahuan mengenai satu sama lain. Akibatnya, interaksi antara kaum terbatas dan timbulnya semangat perkauman yang tebal. Prejudis juga menyebabkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain yang terhasil berdasarkan kefahaman yang cetek dan tidak tepat.
Asimilasi adalah suatu proses social yang ditandai dengan adanya usaha usaha mengurangi perbezaan yang terdapat antara manusia atay kelompok manusia dengan memperhatikan kepentingan kepentingan dan tujuan tujuan bersama. Dalam proses asimilasi mereka identifikasikan dirinya dengan kepentingan kepentingan serta tujuan kelompok. Jika dua kelompok manusia mengadakan asimilasi, batas batas antara kelompok , batas batas antara kelompok kelompok tadi akan hilang dan keduanya bersatu menjadi satu kelompok. Secara singkat dapat dikatakan bahawa proses asimilai ditandai dengan pengembangan sikap sikap yang sama walau terkadang bersifat emosional dalam tujuannya untuk mencapai kesatuan atau paling tidak mencapai integrasi dalam organisasi, fikiran dan tindakan.


Proses asimilasi timbul bila ada kelompok kelompok manusia yang berbeza kebudayaan. Proses asimilasi timbul bila ada orang sebagai warga kelompok tadi saling pergaulan secara langsung dan intensif untuk waktu yang lama sehingga kebudayaan kebudayaan dari kelompok kelompok manusia tersebut masing masing berubah dan saling menyesuaikan diri.