AKTIVITI

FESTIVAL KESENIAN ORANG ASLI & PERIBUMI ANTARABANGSA

Pada 22, 23,24 dan 25 Oktober yang lepas telah berlangsungnya Festival Kesenian Orang Asli dan Peribumi Antarabangsa 2015 bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Ianya merupakan program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKNN) bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Tujuan festival ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan kehidupan orang asli serta menarik kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa.
Festival ini menghimpunkan peribumi daripada 8 buah negara iaitu Ghana, Indonesia, New Zealand, Canada, China, Filipina , Thailand serta Malaysia. Tarikan utama festival ini adalah keunikan budaya Orang Asli dan peribumi dari luar negara yang akan bergabung dengan masyarakat peribumi dari Sabah dan Sarawak.
Festival ini memaparkan keunikan budaya masyarakat Orang Asli dalam dan luar negara. Ia mewujudkan jaringan masyarakat Orang Asli serantau yang kukuh, serta menjadi salah satu elemen tarikan pelancongan. Ini juga membantu dan menyemarakkan kebudayaan masyarakat Orang Asli dan Peribumi. Di samping itu juga, kami mempelajari pelbagai budaya dan etnik yang terdapat dalam kehidupan harian Orang Asli. Di festival ini juga turut memaparkan barang keperluan untuk menangkap ikan dan bercucuk tanam serta senjata untuk mempertahankan diri mereka daripada diserang oleh binatang buas.  Malah, di festival ini juga kami memperolehi maklumat mengenai kehidupan Orang Asli luar negara. Selain daripada itu, kami turut dipersembahkan dengan tarian serta nyanyian tradisional Orang Asli. Mereka turut memainkan alat-alat muzik tradisi dan budaya mereka.

Festival ini bermula pada 25 Oktober dengan pengisian seperti Persembahan Utama, majlis pelancaran bersama oleh Menteri Pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ianya berlangsung pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam.