ABOUT

Siapakah orang Asli?


Orang Asli merupakan perkataan generik bahasa Melayu yang digunakan secara rasmi di Malaysia bagi merujuk kewujudan orang asal yang menduduki tanah Semenanjung Tanah Melayu sejak azali lagi. Secara rasmi, terdapat sekurang-kurangnya 18 suku dari etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu, mereka dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan utama berikutan tutur bicara dan adat istiadat mereka yang berbeza diantara satu sama lain iaitu Senoi, Proto Melayu dan Semang. Untuk blog ini kami akan membincangkan tentang orang asli dari kumpulan Senoi, suku kaum Mah Meri. Ini kerana kami mendapati suku kaum Mah Meri ini tinggal di kawasan Gombak dimana mudah untuk kami dekati untuk ditemu ramah.