MINGGU 7

Pada minggu ketujuh, apa yang dapat saya simpulkan tentang Malayan Union ialah Penubuhan Malayan Union pada dasarnya adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu, walau pun ianya ditentang hebat oleh orang Melayu, namun gagasan tersebut tetap diteruskan di mana Malayan Union diluluskan oleh British. Apa yang saya dapati dari pembelajaran ini ialah perpaduan dikalangan melayu ketika itu sangat kuat sehingga kan British akur dengan penentangan orang melayu ketika itu. Maka, selepas era kemerdekaan, kekuatan perpaduan ini terletak diantara tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India demi mengelakkan ancaman musuh yang sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan perpaduan ini. -Azhar, 2014570125

Malayan Union yang diwujudkan untuk memastikan hak orang Melayu ini dihapuskan sedikit demi sedikit, kerana objektif utama Malayan union ini untuk menyamaratakan hak kesemua kaum di tanah Melayu. Namun ia mendapat tentangan yang hebat dari orang Melayu. Dan kesatuan perpaduan ini menyebabkan pihak British membatalkan konsep Malayan Union –HAIQAL, 2014521169-

Pada minggu kelapan ialah tentang Perlembagaan islam. Undang undang digubal perlu merujuk Al Quran. Bagaimana terbentuknya piagam madinah. Sebab tercetusnya masyarakat majmuk pentadbiran ekonomi, politik kerana keberkesanan daripada Al Quran kesan piagam Madinah. Sebelum piagam madinah terbentuknya perjanjian aqabah 1 dan 2. Isi perjanjian aqabah yang pertama tidak mahu mensyirikkan Allah, nilai kemanusiaan, perjanjian wanita. Isi perjanjian aqabah kedua, iaitu keselamatan nabi kerana nabi mendapat tentangan, orang yahudi perlu membayar jiziyah, keadilan universal, jaminan hak asasi kemanusian. Kami dapat membezakan piagam madinah dan Malaysia. –YUSRA 201450919--

Bagi pendapat saya, Malayan Union ada satu cara halus untuk british untuk menghapuskan negara ini dan menghilangkan budaya melayu itu sendiri. -Aidil Adha, 2014746567


Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia merangkumi kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia dan kerjasama politik dan hubungan etnik antaranya ialah kerjasama semasa dan selepas jepun ia mengajar penticngnya kerjasama antara etnik untuk mencapai objektif politik. Contohnya, British kembali ke Tanah Melayu dan menubuhkan Malayan Union sebagai negara-bangsa bersifat kesaksamaan versi total. Menimbulkan kemarahan Melayu, Melayu menubuhkan UMNO dan kemudiannya tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu 1948 hasil rundingan dan kerjasama/toleransi British. Kedudukan raja dikembalikan. Selain itu wujud juga kerjasama untuk menuntut kemerdekaan, kerjasama ke arah perpaduan kaum. Sejak merdeka 1957, proses politik berasaskan etnik dan penubuhan parti politik seterusnya terus menepati garis etnik. Untuk membina negara bangsa yang bertamadun, kita perlu berpegang pada perlembagaanYang telah digubal. –ELYATI, 201451413


Rakyat tidak seharusnya memperlekehkan fungsi kerabat raja terutamanya yang berbangsa melayu kerana hanya kerabat sahaja boleh mengekalkan hak keistimewaan rakyat melayu. Sebagai contoh, Uitm adalah Universiti bumiputera yang memberikan keistimewaan hanya kepada bangsa melayu dan Uitm dilindungi oleh kerabat raja. Hanya dengan persetujuan kerabat raja sahaja Uitm boleh dibubarkan.- NUR SHAHEZAYU, 2014978867-

Piagam Madinah merupakan perlembagaan atau sumber undang-undang utama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad. Piagam Madinah telah membentuk perpaduan di antara kaum Ansar dan Muhajirin - Diana, 2014768631 


Konsep kesama-rataan di antara kaum telah ditentang oleh orang Melayu kerana ia akan menghapuskan identiti Negara serta menghilangkan budaya melayu itu sendiri. – haziq farid 2014521873